Showing posts with label #hargapremiumbeautiful. Show all posts
Showing posts with label #hargapremiumbeautiful. Show all posts

Thursday, 1 December 2016

PREMIUM BEAUTIFUL KORSET : HILANG 8KG SEMASA BERPANTANG BERSAMA BENGKUNG MAGIK PREMIUM BEAUTIFUL

PREMIUM BEAUTIFUL KORSET : HILANG 8KG SEMASA BERPANTANG BERSAMA BENGKUNG MAGIK PREMIUM BEAUTIFUL


Tidak mengira keturunan dan agama, setiap wanita pasti rasa bimbang dengan perubahan bentuk badan dan penampilan selepas melahirkan. Walaupun beliau bukan keturunan melayu, beliau pernah mengamalkan pemakaian korset semasa melahirkan anak sulung namun hasilnya tak memuaskan.

Masalah utama yang dialami oleh ibu anak dua ni..

- bersalin secara pembedahan
- susah nak turunkan berat badan
- susah nak kurus selepas bersalin anak pertama
- punggung Besar
- perut buncit

Sehinggalah beliau tekad untuk berpantang dengan set mudah dan murah, Premium beautiful Korset. Hasil pemakaian konsisten selama 2 bulan, hasilnya sangat memuaskan. Berat badan beliau turun 8 kg dalam masa 2 bulan tanpa perlu buat apa-apa. Hanya pakai Bengkung Moden PB ni jerr.

Ya Allah, beliau happy sangat. Bahkan keyakinan mula terserlah. Kalau masa mula-mula fittingkan 2 bulan lepas, beliau minta kaburkan wajah, kali ni bila dah turun 8kg memang tak kisah nak tunjuk muka pun. zMemang confident 100% dengan penampilan diri.

Yang membuatkan beliau nak sangat dapatkan semula bentuk badan menarik sebab nak raikan ulangtahun perkahwinan beliau tidak lama lagi. Wah, makin sayang la encik suami pada isteri bila walaupun dan beranak dua namun masih tetap cantik dan menawan.

Jadi, ibu-ibu yang menghitung hari, atau yang nak dapatkan berat badan ideal dan reshape body, jangan malu-malu whatapps akak ye. InshaALLAH, akak akan bagi nasihat dan tunjuk ajar berdasarkan pengalaman yang ada.




Bukan setakat badan sahaja makin mengecil, bengkung Premium Beautiful ni ada 20 in 1 khasiat sebab ada Far Infrared Rays yang boleh:

- Lancarkan peredaran darah nifas keluar dengan cepat dan bersihkan rahim
- Seimbangkan Hormon
- Kempiskan Perut yang kembang selepas bersalin
- Kecutkan rahim dengan cepat
- Buang angin dalam perut dan faraj ( elakkan kentut faraj )
-  Menghalang keputihan
- Membanyakkan susu badan
- Menaikkan semula peranakan
- Membentuk semula bentuk badan yang mengembang
- Membakar lemak 900 cal per hour
banyak lagi faedah dari hujung rambut sampai hujung kaki!!!!

Semua ni kita akan dapat bila pakai Premium beautiful Korset. Senang kepala kan. Dah tak payah fikir pasal badan lagi. Pakai je la. Lega rasa!!!!

Bukan nak over promote,  tapi dah beribuuuuu testimoni yang berpantang dengan Premium Beautiful ni dan hasilnya memang 500% puas hati!!!

Siapa yang nak berpantang, sebelum cari bidan, cari akak dulu. Sediakan set sebelum bersalin. Lepas bersalin, perkara pertama kena buat, balut perut tu dulu. Lepas tu baru lah boleh fikir pasal berurut. 

Pengalaman customer akak, spendkan duit sebanyak RM800 untuk berurut sahaja. Lepas sarung bengkung PB ni, tak perlu dah nak spend harga sebanyak tu. Urut 2-3 kali dah memadai sebab bila pakai Premium Beautiful Korset ni kesannya dah macam sentiasa diurut sepanjang pemakaiannya.

Akak nak bagi harga PROMOSI YEAR END SALES!!!

Whatapps:
013-3496050 
#yourtrustedagent
#premiumbeautifulexpert

Sunday, 20 March 2016

Kenapa Saya Memakai Premium Beautiful Corset?

Kenapa Saya Pakai Premium Beautiful Corset?

Macamana boleh terjebak dengan korset mahal ni? 
Erm, mahal ke kalau boleh pakai dari tahun 2009 sampai 2013, cecah 4 tahun juga la kan. Hanya laburkan RM 1.50 sehari untuk beli pakaian dalam sendiri. Memang puas hati. Hari ini akak nak kongsi bercerita tentang asbab utama kenapa akak pakai jugak korset yang uolss cakap mahal tu..

  Masa mula-mula pakai tak tau pun yang Premium Beautiful ni hebat dan banyak kegunaanya. Mula-mula pakai tahun 2007 zaman anak dara. Paling suka pakai bila masa senggugut. Rasa sedap perut dipeluk-peluk dan kurang kesakitan. Lepas period, bagi almari yang pakai. Simpan jer. Almari tak kurus, tuan pun tetap kurus jer sebab hormon anak dara lagi kan?

Dan jadi tabiat juga dulu, akak suka sarung Premium Beautiful bila pakai uniform. Almaklumlah, orang awam bila kena pakai uniform JPAM tu mesti la nak jaga 'market' time tu kan. Anak dara yang terlajak laris masa tu. Tapi nak pakai uniform tu bukannya selalu. Kalau ada 'event' jer. Memang segak sangat la kala pakai PB di sebalik Uniform tu.

Sehinggalah majlis pertunangan pada tahun 2011 masih 'on off'. Sekejap pakai sekejap tanggal dan konsistent pakai bila dah nak kahwin bulan Mei 2012. Sebulan pakai memang masa kahwin badan kurus jer.

Bila lepas kahwin, terus simpan sebab orang cakap kalau nak mengandung tak boleh pakai korset. Sebenarnya nak mengandung la kena pakai PB. Dapat membantu memudahkan pelekatan janin.
Jadi lagi sekali PB jadi hak milik almari

Sewaktu ulangtahun perkahwinan kami yang pertama, akak mengalami keguguran. Masa tu tak tau yang PB ni boleh guna untuk berpantang. Pergi beli bengkung lilit-lilit. Punya susah nak melilit dan sampai melecet tepi peha sebab kain dia kasar dan tebal. Bila kita bergerak, bergesel dengan tepi peha dan ikatan kat perut pun jadi longgar. Tapi, bertabah je la. Dan bila masuk kerja pun masih pakai bengkung lama tu. Kembung dalam baju kurung tu sebab bengkung tu kan panjang. Dah lilit paling kemas rasanya. Satu lagi bila pakai bengkung lilit ni kena selalu minta tolong suami ketatkan. Bila suami kerja dan kita pun kat tempat kerja, ikat mana yang boleh je la.

Selang 7 bulan lepas tu, akak gugur lagi buat kali ke-2. Macam biasa berpantang dan berurut. Kali ni cuba nasib berurut dengan mak bidan di Jengka 21. Dapat nombor telefon Mak Limah ni pun dari kawan baik akak yang dah dua kali gugur dan akhirnya berjaya hamil lepas berjumpa dengan Mak Limah. 

Rupa-rupanya peranakan akak jatuh  satu setengah inci. Sebab tu setiap kali mengandung dia akan gugur. Dia sengkak dan ulang berurut selama 3 kali, alhamdulillah kurang la simptom akak yang kerap buanh air kecil tu. Masa awal mengandung hampir 30 kali sehari ke tandas walhal usia kehamilan baru masuk sebulan.

Atas nasihat dari Mak Limah yang suruh pakai seluar/long girlde/corset untuk bantu 'ampu' peranakan supaya tak mudah jatuh. Sebenarnya kalau kita banyak berjalan, naik tangga, angkat berat memang mudah sangat peranakan jatuh kembali.

Sejak balik dari berurut tu, memang hari-hari pakai corset. Dah alang-alang pakai corsrt lebih baik ambil corset yang terbaik macam Premium Beautiful ni. Dah 23 tahun di pasaran. Ada teknologi FiR yang bantu mengurangkan pelbagai masalah kesihatan dalaman dan luaran. Yang paling seronok bila boleh repair percuma kalau rosak atau hook tercabut. Jimat la beli sekali pakai untuk beribu-ribu kali.

Bulan berikutnya datang berurut lagi ke Jengka 21. Mak Limah urut dia kata sebenarnya ada kesan keguguran lagi. Maksudnya keguguran kali ke-3. Suami pun terkejut. Cepatnya lekat sedangkan akak baru habis berpantang tapi dah lekat balik. Rasa seronok bila tau mengandung lagi tapi terpaksa redha sebab dia pergi jua. Gugur lagi..

Sampai sekarang dah jadi pengguna tegar Premium Beautiful Corset. Yang seronok bila pakai corset Premium Beautiful ni rasa sakit belakang/sakit pinggang dah kurang. Kalau sebelum ni, bila berjalan banyak mesti sakit pinggang, tak larat dan sakit tumit. Sebab tu pakar tulang dunia sendiri iktiraf Premium Beautiful sebagai corset penjagaan tulang belakang.

 Pinggang pun makin mengecil dan ada cutting. Ingat lagi dulu masa mula-mula jumpa Kak Salleha (my mentor) dia kata..
" dah tak jumpa pinggang dah. Pakai lah PB cepat, bagi pinggang balik"

Malunya la, kita yang tak beranak lagi dah tak ada pinggang. Dia yang beranak tiga, pinggang ramping dan slim jer.

Sejak dari itu, akak memang terus pakai Premium Beautiful Corset ke mana saja dan niat untuk bantu sesiapa saja yang nak hamil, nak hilangkan sakit pinggang, hilangkan perut buncit, nak naikkan peranakan, nak sihat, dan nak cantik pakai Premium Beautiful. Sebab Premium Beautiful ni memang banyak sangat kelebihannya. Nak 'reshape' semula body yang lurus macam akak dulu pun boleh. Bila sarung PB terus ada pinggang. Instant Result!!!
Tak sungguh tak melata.
Tak sungguh akak tak kata..

Kalau uolls tak percaya dan nak merasa sendiri kebaikannya, akak boleh bagi uols fitting free selama 10 minit jer. Pasti uolls teruja sangat-sangat. Kaedah nak sihat dan terus dapat cantik paling murah memang Premium Beautiful. Kesan serta merta dan berkekalan berpanjangan. Confirm 500% puas hati.

Kisah dari hati ke hati untuk semua wanita yang akak sayangi.

Love uolls..
Ckin Ali

Thursday, 31 December 2015

Testimoni Berpantang Dengan Premium Beautiful

Testimoni Berpantang Dengan Bengkung Moden Premium Beautiful Corset

Semakin ramai memilih untuk berpantang dengan bengkung moden Premium Beautiful. Sebab paling utama adalah sangat mudah, tak perlu lilit-lilit, nak kena ikat ketat-ketat sampai sesak nafas dan kaku macam robot. Dengan Premium Beautiful cuma sarung dan cangkuk sahaja. Jimat masa terutamanya bagi ibu yang berkerjaya dan inginkan hasil bentuk badan yang cepat dengan cara yang selamat.


Hasil yang macamana? Testimoni kakak dari johor ni pakai bengkung moden berpantang dengan Premium Beautiful. Dalam masa sebulan terus dapat kembalikan semula bentuk badan dan naikkan semula mana-mana bahagian yang jatuh dan menggeleber. Payudara kembali anjal, punggung yang jatuh dah naik ke tempat asal dan tiada lagi masalah perut menggeleber buncit lepas melahirkan.

 Best sangat pakai Premium Beautiful ni sebab dia dapat 'lock' terus lemak yang menggeleber dan bersepah-sepah tersesat ke tempat lain balik semula duduk di kawasan yang sepatutnya. Ramai yang terpaksa hilang inci tanpa kesan yang menyakitkan.

Jualan YES hanya tinggal dua hari untuk menikmati penjimatan sehingga RM500 dengan setiap pembelian set Bengkung Moden Premium Beautiful. Selain itu, percuma penghantaran dan free gift menanti ibu-ibu yang ingin kembali sihat dan cantik dengan Premium Beautiful.

Yang tinggal sekitar KL, Putrajaya, Bangi boleh set appoiment untuk akak hantar dan fittingkan terus Premium Beautiful kepada anda. Service penghantaran dan tunjuk ajar pemakaian secara PERCUMA jerrr!!!

Boleh hubungi akak:-
Shikin
#topagentpb
#premiumbeautifulexpert

Wednesday, 28 October 2015

Kesan Pakai Premium Beautiful Selama 3 Minggu

Kesan Pakai Premium Beautiful Selama 3 Minggu



Woooooowww!!!! Hasil 3 minggu sarung Premium Beautiful??
Berat badan turun sampai 1.4kg. Bukan senang nak turunkan berat badan ni sebenarnya. Kawal makan nasi pun taknak turun senang-senang macam ni kan? Letih lagi ada la. Bila anda tukar pakaian dalam biasa ke pakaian dalam ajaib premium beautiful, inilah hasilnya. Berat berkurang, badan pun rasa ringan jerrr..

Nak turunkan berat badan dengan cara selamat, akak boleh tolong ajarkan. Bukan kurus yang 'keding' tu. ni kurus yang ber 'cutting' dan sihat.

 Keistimewaan buat anda yang berada sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Bangi, akak akan service sampai ke rumah anda.

013-3496050
( Hasikin )
#premiumbeautifulexpert