Showing posts with label #keguguran. Show all posts
Showing posts with label #keguguran. Show all posts

Friday, 8 April 2016

Rawatan Bagi Masalah KEGUGURAN

GIRDLE PREMIUM BEAUTIFUL untuk elakkan KEGUGURAN berulang kali


Ya Allah, rupa-rupanya bukan akak sorang jer yang di uji dan ada pengalaman keguguran sampai 3 kali. Ujian yang sama dialami oleh Yana, sahabat akak yang tinggal di Terengganu dan berkhidmat di sebuah institusi kewangan di sana.

Tak dapat dikenalpasti punca keguguran berulang. Doktor cuma menasihatkan agar mencari girdle yang dapat membantu untuk kuatkan rahim dan kandungan. Sejak dari itu, yana mula mencari maklumat berkaitan girdle. Dan terjumpa entry berkaitan Long Girlde Premium Beautiful dapat membantu menguatkan rahim.

Beliau terus hubungi agent Premium Beautiful Expert dan dapatkan penerangan dan size yang sesuai dengan beliau. Alhamdulillah, lepas 3 bulan pakai Premium Beautiful Corset, beliau disahkan hamil dan alhamdulillah bayi comel Ajwad selamat dilahirkan.

Nak tau macamana PREMIUM BEAUTIFUL bantu untuk elakkan KEGUGURAN?

Sebab Girde yang disulam dengan benang ber FIR ni dapat membantu menaikkan dan menstabilkan kedudukan rahim serta membantu proses pelekatan janin supaya tidak mudah jatuh.

Petua orang lama, naikkan peranakan dengan cara berurut. Zaman sekarang ni, memang susah sangat nak jumpa tukang urut terutamanya macam akak yang tinggal di ibu kota ni.
Jadi, dengan hanya pakai girdle dapat bantu naikkan peranakan, alhamdulillah sangat-sangat. Tak perlu susah-susah cari bidan, nak bagi orang yang kita tak kenal untuk sentuh-sentuh badan kita. Malu jugak kanπŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰...
Urut dengan bidan moden long girdle PB ni je la..


Apa yang menarik dengan bengkung Premium Beautiful ni, bila dipakai masa berpantang akan lagi mempercepatkan pengeluaran darah nifas dan air-air bisa. Badan pun jadi segar dan bertenaga. Bentuk badan? Tak payah cakap la. Dia cepat membantu untuk 'firm' kan semula perut kita yang menggeleber dan pudarkan kesan stretchmark yang ada.

Alhamdulillah, Premium Beautiful bantu kuatkan rahim dan kandungan Yana. Akak pun rasa terkesan dengan kebaikan Premium Beautiful ni. Sebab mempunyai masalah yang smaa macam Yana, peranakan jatuh.

Untuk anda yang ingin hamil, akak doakan semoga Allah perkenankan doa kita dan jangan putus asa. Alternatif hamil dengan Premium Beautiful, in shaa Allah, akak bagi harga istimewa pada anda semua.

Call/Whatapps:
Ckin Ali


Sunday, 20 March 2016

Kenapa Saya Memakai Premium Beautiful Corset?

Kenapa Saya Pakai Premium Beautiful Corset?

Macamana boleh terjebak dengan korset mahal ni? 
Erm, mahal ke kalau boleh pakai dari tahun 2009 sampai 2013, cecah 4 tahun juga la kan. Hanya laburkan RM 1.50 sehari untuk beli pakaian dalam sendiri. Memang puas hati. Hari ini akak nak kongsi bercerita tentang asbab utama kenapa akak pakai jugak korset yang uolss cakap mahal tu..

  Masa mula-mula pakai tak tau pun yang Premium Beautiful ni hebat dan banyak kegunaanya. Mula-mula pakai tahun 2007 zaman anak dara. Paling suka pakai bila masa senggugut. Rasa sedap perut dipeluk-peluk dan kurang kesakitan. Lepas period, bagi almari yang pakai. Simpan jer. Almari tak kurus, tuan pun tetap kurus jer sebab hormon anak dara lagi kan?

Dan jadi tabiat juga dulu, akak suka sarung Premium Beautiful bila pakai uniform. Almaklumlah, orang awam bila kena pakai uniform JPAM tu mesti la nak jaga 'market' time tu kan. Anak dara yang terlajak laris masa tu. Tapi nak pakai uniform tu bukannya selalu. Kalau ada 'event' jer. Memang segak sangat la kala pakai PB di sebalik Uniform tu.

Sehinggalah majlis pertunangan pada tahun 2011 masih 'on off'. Sekejap pakai sekejap tanggal dan konsistent pakai bila dah nak kahwin bulan Mei 2012. Sebulan pakai memang masa kahwin badan kurus jer.

Bila lepas kahwin, terus simpan sebab orang cakap kalau nak mengandung tak boleh pakai korset. Sebenarnya nak mengandung la kena pakai PB. Dapat membantu memudahkan pelekatan janin.
Jadi lagi sekali PB jadi hak milik almari

Sewaktu ulangtahun perkahwinan kami yang pertama, akak mengalami keguguran. Masa tu tak tau yang PB ni boleh guna untuk berpantang. Pergi beli bengkung lilit-lilit. Punya susah nak melilit dan sampai melecet tepi peha sebab kain dia kasar dan tebal. Bila kita bergerak, bergesel dengan tepi peha dan ikatan kat perut pun jadi longgar. Tapi, bertabah je la. Dan bila masuk kerja pun masih pakai bengkung lama tu. Kembung dalam baju kurung tu sebab bengkung tu kan panjang. Dah lilit paling kemas rasanya. Satu lagi bila pakai bengkung lilit ni kena selalu minta tolong suami ketatkan. Bila suami kerja dan kita pun kat tempat kerja, ikat mana yang boleh je la.

Selang 7 bulan lepas tu, akak gugur lagi buat kali ke-2. Macam biasa berpantang dan berurut. Kali ni cuba nasib berurut dengan mak bidan di Jengka 21. Dapat nombor telefon Mak Limah ni pun dari kawan baik akak yang dah dua kali gugur dan akhirnya berjaya hamil lepas berjumpa dengan Mak Limah. 

Rupa-rupanya peranakan akak jatuh  satu setengah inci. Sebab tu setiap kali mengandung dia akan gugur. Dia sengkak dan ulang berurut selama 3 kali, alhamdulillah kurang la simptom akak yang kerap buanh air kecil tu. Masa awal mengandung hampir 30 kali sehari ke tandas walhal usia kehamilan baru masuk sebulan.

Atas nasihat dari Mak Limah yang suruh pakai seluar/long girlde/corset untuk bantu 'ampu' peranakan supaya tak mudah jatuh. Sebenarnya kalau kita banyak berjalan, naik tangga, angkat berat memang mudah sangat peranakan jatuh kembali.

Sejak balik dari berurut tu, memang hari-hari pakai corset. Dah alang-alang pakai corsrt lebih baik ambil corset yang terbaik macam Premium Beautiful ni. Dah 23 tahun di pasaran. Ada teknologi FiR yang bantu mengurangkan pelbagai masalah kesihatan dalaman dan luaran. Yang paling seronok bila boleh repair percuma kalau rosak atau hook tercabut. Jimat la beli sekali pakai untuk beribu-ribu kali.

Bulan berikutnya datang berurut lagi ke Jengka 21. Mak Limah urut dia kata sebenarnya ada kesan keguguran lagi. Maksudnya keguguran kali ke-3. Suami pun terkejut. Cepatnya lekat sedangkan akak baru habis berpantang tapi dah lekat balik. Rasa seronok bila tau mengandung lagi tapi terpaksa redha sebab dia pergi jua. Gugur lagi..

Sampai sekarang dah jadi pengguna tegar Premium Beautiful Corset. Yang seronok bila pakai corset Premium Beautiful ni rasa sakit belakang/sakit pinggang dah kurang. Kalau sebelum ni, bila berjalan banyak mesti sakit pinggang, tak larat dan sakit tumit. Sebab tu pakar tulang dunia sendiri iktiraf Premium Beautiful sebagai corset penjagaan tulang belakang.

 Pinggang pun makin mengecil dan ada cutting. Ingat lagi dulu masa mula-mula jumpa Kak Salleha (my mentor) dia kata..
" dah tak jumpa pinggang dah. Pakai lah PB cepat, bagi pinggang balik"

Malunya la, kita yang tak beranak lagi dah tak ada pinggang. Dia yang beranak tiga, pinggang ramping dan slim jer.

Sejak dari itu, akak memang terus pakai Premium Beautiful Corset ke mana saja dan niat untuk bantu sesiapa saja yang nak hamil, nak hilangkan sakit pinggang, hilangkan perut buncit, nak naikkan peranakan, nak sihat, dan nak cantik pakai Premium Beautiful. Sebab Premium Beautiful ni memang banyak sangat kelebihannya. Nak 'reshape' semula body yang lurus macam akak dulu pun boleh. Bila sarung PB terus ada pinggang. Instant Result!!!
Tak sungguh tak melata.
Tak sungguh akak tak kata..

Kalau uolls tak percaya dan nak merasa sendiri kebaikannya, akak boleh bagi uols fitting free selama 10 minit jer. Pasti uolls teruja sangat-sangat. Kaedah nak sihat dan terus dapat cantik paling murah memang Premium Beautiful. Kesan serta merta dan berkekalan berpanjangan. Confirm 500% puas hati.

Kisah dari hati ke hati untuk semua wanita yang akak sayangi.

Love uolls..
Ckin Ali