Showing posts with label Keberkatan Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Keberkatan Ramadhan. Show all posts

Sunday, 5 June 2016

Awas!! Pencuri di Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum. Alhamdulillah, diberikan peluang untuk menikmati Ramadhan pada tahun ini. Semoga Ramadhan kali ini dimanfaatkan sebaiknya dan lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.

Sempena Ramadhan yang mulia ini, akak nak kongsikan beberapa perkara yang kita tak sedar sebenarnya mengurangkan  pahala amalan puasa kita.

⏳Awas Pencuri Di Bulan Ramadhan

Ia bukan tak penting langsung...
tapi kalau banyak sangat ia 'mencuri' masa kita, ia perlu ditangani segera. 

Kerananya, kita serba tak sempat, meraih 1001peluang ibadat di bulan berkat.

Awasi!

๐Ÿ“บ 1) TV...

Ini merupakan pencuri yang merbahaya, yang boleh merosakkan puasa seseorang dan mengurangi pahalanya, seperti filem, drama dan iklan murahan yang mendedahkan aurat.

๐Ÿ› 2) Pasar...

Ini juga merupakan pencuri istimewa dalam menghabiskan wang dan waktu tanpa batas. Oleh kerana itu, tentukan perbelanjaan kita mengikut keperluan ketika pergi ke pasar.

๐ŸŒƒ 3) Berjaga Malam Untuk Perkara Yang Lagha...

Pencuri yang mengambil waktu yang paling berharga. Pencuri yang mengambil solat tahajud dari seseorang hamba di sepertiga malam terakhir dan mencuri kesempatan untuk istighfar serta taubat.

๐Ÿฝ 4) Dapur..

Pencuri yang banyak mengambil waktu yang panjang untuk membuat berbagai jenis masakan, berupa makanan dan minuman. Hampir-hampir semuanya tidaklah masuk  ke mulut, kecuali sedikit sahaja.

๐Ÿ“ฑ5) Handphone...

Sebahagian orang hanya sekadar menjawab panggilan masuk namun ia boleh diserang dengan dosa berupa mengumpat, mengadu domba, dusta, memuji diri sendiri atau orang lain, menceritakan rahsia dan keaiban orang lain, berdebat tanpa ilmu, ikut campur urusan orang, dan sebagainya dari kesalahan-kesalaham mulut yang banyak yang juga merupakan majlis yang kosong dari zikir.

๐Ÿ’ฐ6) Bakhil...

Sedekah akan melindungi kita dari neraka, dan sebaik-baik sedekah adalah di bulan Ramadhan; maka bersedekahlah secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.

 ๐ŸŽญ7) Majlis yang kosong dari mengingati Allah...

Pencuri ini adalah yang mempersiapkan bagi kita penyesalan di hari kiamat. Nabi shallaalhu alaihi wa sallam bersabda: "Tidaklah suatu kaum bermajlis, tidak mengingati Allah dan tidak juga berselawat kepada Nabi mereka kecuali mereka meninggalkan penyesalan. Jika Allah mahu maka Allah akan menyiksa mereka, jika  berkehendak, Allah mengampuninya

Adapun pencuri terbesar adalah FACEBOOK dan/atau WHATAPPS apabila tidak digunakan dengan benar dalam kebaikan dalam menyambut tamu yang berharga ini (Ramadhan).

Marilah kita mewasiatkan kepada diri kita untuk bersiap sedia menyambut bulan yang mulia ini.......

๐ŸŒœMarhaban Ya Ramadhan๐ŸŒ›
        
Ckin Ali
#PremiumBeautifulExpert

Wednesday, 15 July 2015

Tak Perlu Ucapan Raya Dalam Penghujung Ramadhan

Tak Perlu Ucapan Raya Dalam Penghujung Ramadhan

Salam 28 Ramadhan , hari ini Rabu 15 Julai 2015. Makin sayu melewati penghujung Ramdahan. Harapan semoga segala amalan dan ibadah kita semua diterima Allah SWT.

Di Ibu Kota, jalan dah mula lengang sebab dah ramai yang balik kampung. InshaALLAH, malam ni giliran akak pula pulang ke kampung mertua, Kelantan. Bersedia untuk mengharung jem yea.

Dalam kita sibuk mencari persiapan untuk yang tersayang, membuat kuih-raya,  berpusu-pusu pulang ke kampung, jangan pula kita lupa akan keberkatan dan kemuliaan Ramadahan yang hanya tinggal 2 hari yang bakal meninggalkan kita. Gunakan peluang sebaiknya kerana tiada siapa tahu masih adakah peluang untuk kita pada Ramadhan akan datang.

" Tak perlu ucapan raya dalam penghujung Ramadhan ni, 
sebab ia umpama menghalau tetamu yang masih belum mahu pulang, 
untuk cepat-cepat pergi "

Astaghfirullahhalazim..

Nak menitis raya air mata betapa 'lagha' pada dunia.
Semoga Ramadhan yang berbaki 2 hari lagi kita gunakan sebaiknya. Amat malang bagi seseorang manusia yang telah melepasi Ramadhan tanpa mendapat rahmat dan keampunan dari ALLAH kerana di bulan ini rahmat dan pengampunan Allah ibarat hujan yang mencurah-mencurah dari langit. Andainya kita tidak merebut peluang tersebut, teramatlah rugi baginya.

Ya ALLAH, berikanlah kami kekuatan untuk mengabdikan diri padamu ya ALLAH. Sesungguhnya kami taknak tergolong dalam golongan yang rugi.

Semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya dan masih ada Ramadhan untuk kita untuk mencari Redha-mu Ya Rabbi.

Amin Ya Rabbal Alamin..

Selamat beramal dan beribadah:-
Ckin Ali