CARA BELI TIKET AQUARIA KLCC MURAH
Cuti Deepavali ni, kak kin tak ada perancangan nak bawa anak ke mana. Tapi bila adik ipar whatapps bagitau nak datang KL, kami pun mula mencari destinasi yang seronok untuk bawa mereka bersiar-siar disini.
Tangan duduk menggoogle tempat menarik dan kami buat keputusan untuk ke Pusat Penghayatan di Wetland Putrajaya.
Dek tak puas anak kak kin si Faarish tengok ikan dekat sana, jadi kami bercadang untuk ke Aquaria KLCC pada keesokan harinya.
Sampai di KLCC jam 2 petang, terlalu padat pengunjung nak singgah di Aquaria KLCC dan staff mereka buat pengumuman agar melewatkan masa lawatan atau datang di di hari lain.
Kami pulang ke rumah dan dalam perjalanan tu, anak buah kak kin yang berusia 4 tahun menyuarakan rasa tak puas hati sebab tak dapat masuk Aquaria.
Sampai ke malam bercerita pasal nak tengok ikan, jadi ayah dia kata esok kita cuba lagi tengok ikan. Dan kak kin pun saje je dok google cara nak beli tiket online.
Bila kak kin google, rasa macam terkejut juga sebab harga online lebih murah dari harga walk in.
Lepas dah jumpa web tu, kak kin tanya pada suami, boleh percaya ke tak ye web yang harga murah ni.
Kita nak beli awal tiket supaya tak kena beratur panjang macam kes semalam.
Kak kin tawakal je dan cari lagi artikel yang menunjukkan kebenaran tentang harga murah jika beli di laman web tersebut.
Dan terjumpa satu artikel dari pemilik peribadi mengatakan memang web tersebut jual tiket secara online dan murah dari harga walk in.
Jadi, kak kin ikut sahaja arahan yang di minya.
Ni langkah demi demi langkah yang diperlukan untuk buat tempahan online tiket masuk ke Aquaria KLCC.
Alhamdulillah, tiket pun dihantar melalui email tak sampai sejam dari waktu pembayaran.
Memang jauh lebih murah berbanding beli tiket walk in.
Selain menjimatkan wang, dapat menjimatkan masa dari beratur panjang di kaunter untuk membeli tiket.
Dah ada tiket boleh terus beratur untuk scan tiket dan masuk ke Aquaria KLCC.
Faarish dan abang iman paling seronok dapat jumpa banyak ikan.
Jadi kalau ada yang nak beli tiket masuk ke Aquaria KLCC murah dan cepat, boleh ikut cara macam kak kin kongsikan dekat atas ni ye.
Selamat bercuti semua.

No comments:
Post a Comment