Resepi Kek Kejayaan
Resepi ni akak dapat dari Mentor yang tak jemu-jemu mencanai kami dalam Top Leaders Circle ni, CDM Salleha Roslan. Akak share dengan semua kat sini. Moga bermanfaat.
Bahan-bahannya:-
250 gram daya usaha
100 gram kesabaran
100 gram keimanan
190 gram keinsafan
150 gram pengorbanan
150 gram campuran akhlak mulia
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
8 sudu teh rasa tanggungjawab
200 gram senyum secukup rasa
Cara Membuatnya:-
1) Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental
2) Masukkan usaha dan kesabaran, gaul hingga sebati
3) Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit dan biarkan
adunan menjadi lembut
4) Kemudian, campurkan keimanan,rasa tanggungjawab dan
campuran akhlak mulia
5) Dan bungkuskan ianya dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba
6) Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa
dan tolak ansur
7) Hiaslah dengan senyuman yang menawan dan kemudian bakar dengan sepenuh tenaga yang ada.
*** Bagi mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah dari air mata putus asa walaupun setitik kerana agak sukar sebenarnya untuk membuat sebiji kek kejayaan ini.
Salam Kejayaan,
Ckin Ali
#topagentpremiumbeautifulexpert
No comments:
Post a Comment