Cendol Sedap Kuala Lumpur - Cendol Durian Runtuh Chow Kit
Musim-musim durian ni teringin pulak nak makan cendol durian. Kebetulan, pejabat kak kin ni memang dekat sangat dengan Chow Kit jadi kami ke chow kit masa rehat untuk menikmati keenakan cendol durian runtuh yang viral tu.
Pejabat kak kin di Jalan Padang Tembak tu je. Perjalanan cuma memakan masa dalam 15minit sahaja pada waktu rehat sebab banyak kereta.
Korang boleh waze " Durian Runtuh Chow Kit "
Inilah kedainya. Dah ramai orang dan meja pun dah berpenghuni. Kami terus beratur dan order cendol durian. Kalau makan sana, harga Cendol Durian Runtuh ni, RM10. Kalau bungkus RM12. Kami memang makan terus di sana sebab tak sabar nak menikmati rasanya.
Dah dapat cendol yang diidamkan. Walaupun tak ada meja, kak kin tarik je kerusi lebih duduk dekat tepi kedai tu.
Kawan ni pun dah tak sabar nak minum kan. Terliur tengok buah durian tergolek atas cendol tu.
Banyak durian dia letak. Kak kin dapat 6 ulas sebab durian tu size kecil sikit. Kawan kak kin dapat 4 ulas sebab size besar.
Meleleh durian dia. Sedap sangat.
Penuh keayuan menikmati keenakan cendol durian runtuh. Anak dara kan, ayu sangat.
Sementara tunggu anak dara makan, kita selfie dulu.
Rekemen sangat pada korang yang suka cendol durian untuk cuba. Durian dia segar, santan pun segar.
Datang melawat KL, singgah di Chow Kit. Selain ada cendol duria runtuh yang sedap, barang di sini dijual dengan harga murah.
Balik dari makan Durian memang selalunya kak kin detoks semula dengan Air Garam Buluh Minum. Lepas minum air garam buluh, angin atas bawah keluar. Baru la tak pening, tak panas lepas makan durian.
No comments:
Post a Comment