Tuesday 29 September 2015

Pelapik TIlam Bio Velocity Sleep Mate Kurangkan Penderitaan Pesakit Leukimia

Pelapik Tilam Bio Velocity Sleep Mate Kurangkan Penderitaan Pesakit Leukimia
 


Akak nak share pengalaman anak buah akak yang menghidap leukimia awal tahun lalu. Pada asalnya macam sakit misteri. Sakit dalam perut sebelah kanan selama 3 hari. Mula-mula bawa ke klinik biasa doktor cuma cakap gastrik. Tapi dia masih mengerang kesakitan dan setiap hari di usung. Dari ke klinik swasta, unit kecemasan Hospital Kota Tinggi. Keputusan dari setiap pusat rawatan mengatakan hanya gastrik biasa.

Dalam masa yang sama kami bawa juga dia berubat dengan ramai Ustaz kat Johor. Sewaktu perjalanan bertemu ustaz, mereka berhenti solat di masjid. Masa azan berkumandang, lagi kuat dia meronta kesakitan. Kebetulan ada seorang dari jemaah seorang doktor segera bantu buat surat pengesahan untuk mempercepatkan lagi urusan pemeriksaan di Hospital Sultanah Aminah. Sehari selepas ditahan, pembedahan apendiks dilakukan. Masih menjadi tanda tanya bilamana sewaktu pembedahan darahnya sentiasa mengalir keluar dan tak berhenti. Semasa pembedahan sebanyak 2 liter darah keluar dari perut sebelah kanan yang sakit. Doktor bagi ubat pekatkan darah dan hasilnya sangat menyedihkan. Anak buah terpaksa dimasukkan ke ICU kerana kesan dari ubat tersebut menjadikannya sesak nafas. Disebabkan darah sentiasa mengalir kesan pembedahan tak dapat dicamtumkan kerana proses pembersihan darah dilakukan oleh doktor setiap hari dalam bilik pembedahan. Keadaannya bertambah buruk setiap hari sehinggakan dimasukkan ke dalam wad ICU untuk rawatan rapi selama setengan bulan. Puas dengan ujikaji akhirnya doktor kata serahkan segalanya pada takdir. Dia dah 50-50 jer sekarang. Hasil ujian darah dan sample air tulang belakang, doktor mengesahkan beliau menghidap kanser darah tapi dalam masa yang sama doktor juga nasihatkan agar berubat cara kampung sebab kes ni macam pelik sangat.

Ramai ustaz dipanggil ke hospital untuk merawatnya dan ramai juga yang tak sanggup nak buat sebab gangguannya sangat banyak. Akhirnya seorang Ustaz bersetuju untuk bergabung dengan sahabat-sahabatnya membantu 'membuang' gangguan tersebut. Alhamdulillah, keadaanya beransur pulih. Betapa besarnya kuasa Allah menyembuhkan kembali. Syukur tak terhingga dipanjatkan. Dia dah sedar tapi tak masih bergantung pada ubat kemoterapi dari hospital. Keadaanya memang lemah, kesan dari ubat kimoterapi yang dia makan. Lepas makan ubat tu, kepala jadi pening dan segala makanan yang dimakan akan muntah semula. Akak pun hadiahkan dia pelapik Tilam Bio Velocity Sleep Mate untuk bantu dan Alhamdulillah dia boleh makan, dah tak muntah dan kepala pun dah tak pening.


Alhamdulillah, sekarang dah boleh ke sekolah dan kembali beraktiviti seperti orang lain. Sangat-sangat bersyukur bila produk yang kita ada dapat membantu mereka yang didalam kesusahan apatah lagi yang susah tu saudara mara kita sendiri. Pelapik tilam Bio Velocity Sleep Mate dapat membantu mengurangkan penderitaan pesakit Leukimia. Alhamdulillah..

Sampai sekarang memang tak berenggang dengan Pelapik Tilam Bio Velocity Sleep Mate. Syukur Ya ALLAH. Dengan izinmu jua. Akak memang akan bagi harga Istimewa untuk sesiapa sahaja yang nak miliki Pelapik Tilam Bio Velociy Sleep Mate sebab akak memang nak tolong dan faham sangat dengan keadaan mereka yang memerlukan.

Call/SMS/WA:
013-3496050
#pengedarutamabiovelocitysleepmate

No comments: